Members

Sabtu, 29 Disember 2012

MULUT MEMBAWA PADAH???


Assalamualaikum....


Entri kali ni aku nak cakap pasal MULUT. Bukan PULUT yeee....sebut betol2... MUULUUTTTT. Macam geram sangat je eja mulut sampai macm tu sekali kan. Kalau pulut sedap jugak bila dapat makan. Kalau mulut?.. Kalau mulut manis, sedap jugak walaupun tak tahu betol2 manis ke tak kan..ok laaa untuk sedapkan hati tu kan... Tapi....kalau mulut busuk...huhhhh, hati pun turut sama busuk. Mulut busuk ni bukan sebab tak gosok gigi. Mulut busuk sebab hati tak bersih. Segala percakapan, perbuatan dan sikap kita lahir dari hati. Hatilah yang berperanan mengawal segala tindakan kita selain daripada akal. Ok bebalik kepada isu mulut. Mulut ni sebenarnye boleh menjadi sumber untuk kita mendapat pahala dan juga dosa.

MULUT SUMBER PAHALA DAN DOSA?
Mulut kita ini mempunyai fungsi yang banyak. Malah fungsi-fungsi mulut ini jika diguna dengan baik, maka pemilik mulut ini bakal menjadi ahli syurga. Masakan tidak, jika mulut ini digunakan ke arah kebaikan seperti memberi salam, membaca al-quran, berzikir, makan makanan halal, mendoakan kesejahteraan orang lain, memberi nasihat, senyum dan lain-lain. Maka dengan amalan-amalan seperti ini, bermakna pemilik mulut ini bijak menguruskan fungsi mulutnya.


Berbeza pula jika pemilik mulut itu tidak bijak menguruskannya. Maka dengan mulut itu dia mengumpat, mencarut, menggunakan kata-kata kesat, menghina, mencaci, memaki dan sebagainya. Mulutnya telah menjadi punca bertambahnya jumlah dosanya. seterusnya pemilik mulut ini bakal menjerumuskan dirinya ke dalam azab api neraka kelak. Nauzubillah.

Maka jelas disini bahawa mulut adalah punca segala kebaikan dan ia juga boleh menjadi punca segala kejahatan. Jadi berhati-hatilah ketika menggunakan fungsi mulut.
Rasulullah s.a.w sekali lagi mengingatkan umatnya betapa bahayanya jika fungsi mulut disalah guna. Baginda bersabda: “Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengendalikan lidahnya(mulutnya)?”. Dalam hadis ini, bolehlah kita katakan bahawa Baginda sengaja menggunakan ayat berbentuk soalan supaya kita semua berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.
KISAH SEORANG WANITA
Berlaku di zaman Rasulullah s.a.w seperti diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim, dimana para sahabat r.a mengadu kepada baginda: “seorang wanita berpuasa di siang hari dan bersolat di tengah malam, tetapi sering menyakiti hati jirannya”.
Rasulullah s.a.w menjawab: “bahawa tiada kebaikan padanya, sesungguhnya dia akan masuk neraka”
Kisah ringkas ini sudah cukup membawa maksud yang luas. Bahawa segala kebaikan dan amalan soleh akan terpadam serta merta hanya kerana menyakiti hati orang lain. Bahawa dengan kesalahan menggunakan mulut, maka tempatnya adalah neraka. Jadi benarlah kata pepatah, kerana mulut badan binasa.



2 ulasan:

Tinggalkan komen anda disini :)