Members

Selasa, 1 Januari 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013!!!!!



Alhamdulillah....syukur kepada allah kerana masih bernafas dan dapat melangkah ke tahun baru 2013. Sebelum tu aku nak ucapkan selamat tinggal tahun 2012. Banyak kenangan pahit manis yang terpahat dihati. Yang paling aku tak boleh lupa adalah masa final assesment. Masa tu memang teruk giler5..Bayangkan pukul 8pagi nak asses keje, aku masih kat kedai print. Dari pukul 6petang semalam hingga pukul 7pagi esoknya aku kat sana. Sampai kat umah sewa pukul 7.30. Dalam masa setengah jam lagi tu aku ambik masa untuk potong2 kertas mana yang patot. Lepas tu kemas barang2, tukar baju, mekap?? jgn harap la..xsempat kot. mandi?? mandi pun tak...hehehe*malunye tak mandi*. Masa ni jugak la aku dapat kenal yang mana kawan masa susah dan senang. huhuhu sedih lak rasa. Apa pun perkara dah berlalu..semuanya dah jadi kenangan dan iktibar kepada aku. 

OK!! berbalik kepada tajuk asal. Tahun 2013...hurm..apa yang akan terjadi pada tahun ni ek.. adakah impian menjadi kenyataan??..kenyataan menjadi nyata??..hehehe harap-harap macam tu la kan..Bila masok je tahun baru,mesti orang akan tanyakan azam. Bagi aku, azam adalah baik untuk kita menjadi lebih baik. Tapi......haa ada tapi nya pulak tau..Kalau berazam hanya untuk dua tiga minggu je..tak ada guna dik oi...*pesanan untuk diri sendiri*. Azam aku untuk tahun ni simple je, nak perbaiki apa saja yang perlu dibaiki lagi. Doa aku untuk tahun baru ni agar setiap keje yang aku lakukan dipermudahkan olen-Nya. Agar aku berjaya didunia dan akhirat..Amin.

Arrrgghhh....kesuntukan masa!!! mata dah ngantok!!!! So aku tido dulu la..kita bertemu lagi..daa....:) *mereng bdk ni* ♥♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen anda disini :)