Members

Jumaat, 26 April 2013

KURANG SIHAT

assalamualaikum...

Hai..korang.. dh lama atiey tak tulis blog kn... maaf la korang.. atiey bukan lupakan korang, cume atiey busy ckit smenjak dua menjak ni..hihi.. korang pe kabar? sihat?. atiey tak sihat ckit ni... selsema.. rase lengoh urat saraf ni.. maklum la skrg ni kejap ujan kejap panas..klu dh panas tu, memang panas sangat kn.. tp itu semuakan kuasa tuhan. kita xfpt nk mengelak.Atiey xde bnda nk share ngn korang ni... just nk tanya kabar korang je la... ok la..sampai kita bertemu lagi.. SAYANG KORANG...♡♡♡


Rabu, 13 Mac 2013

LETS GRAB PEPLUM CANTIK

Hai semua...hari ni ada something saya nak kongsikan dengan korang semua. Korang suka shopping online tak??. Ada setengah orang suka and ada jugak yang tak suka kan. Bagi yang suka shopping dalam online, haaa...tak rugi jika korang baca entry saya kali ni. Saya nak kenalkan korang dengan FB baru yang menjual pelbagai jenis pakaian. Especially wanita. Biasa laa wanita kan suka berfesyen. Macam-macam fesyen pakaian yang dapat kita lihat hari ini kan. Dalam FB ni banyak sangat baju yang cantik-cantik. Antaranya Peplum yang saya letak kat bawah ni... Jom kita layan.......zasssccchhh!!!!





Cantik sangat kan... So, apa tunggu lagi dapatkan la..hehehe...(promote plak). Jika korang nak tengok yang lain-lain lagi korang buka la FB ni Jelita Anggun dan jangan lupa "add" sekali ye..hehehe

Ok..jumpe lagi...daaa ♥♥♥


Sabtu, 9 Mac 2013

JALAN_JALAN I-CITY

Entry ni sebenarnya dah lama taip. Tapi tak ada la lama sangat, dalam bulan januari lepas je. Erm..al-maklum la..nak kata sibuk tak ada la sibuk mana pun bulan lepas.. Tapi nak update entry pun tak sempat. Korang pernah pergi i-city tak? mesti pernah kan... masa cuti Thaipusam hari tu aku ada jugak gi jalan-jalan kat sana. Erm...tempat tu..not bad..memang cantik..cuma bagi aku biasa-biasa je la.. untuk release tension sambil cuci mata tengok-tengok orang tu, boleh la layan kan..  Malam tu ramai la jugak orang datang kat situ. Biasa la cuti umum kan masa tu... Gambar pun tak berapa banyak sangat aku ambik..sekadar untuk tatapan kat blog je..huhu

Cantik tak bodyguard saya kat belakang tu.. nama dia snow...huhu

With my sis....Angah... Nak posing ala giler2 sebenarnya ni...tapi segan pulak..ramai orang..hehe *malu rasa nak letak muka dalam poket*. 

Camera tak berapa cantik...gambar jadi blur... *padahal orang yang shoot gambar ni xpandai kan*

Rasa nak petik & gigit je buah ni... Kalau aku gigit, mati aku tertelan mentol.hahaha...


So, next time kita kongsi story yang lebih best lagi yeee...bye..♥♥♥


Jumaat, 8 Mac 2013

TINGGAL KENANGAN



Huhuhu.....sedih betul petang ni. rindu sangat kat dia.. bunny kembali la ke pangkuan aku!!!...macam putus cinta je kan??..sebenarnya bukan kehilangan xcinta, tapi kehilangan binatang kesayangan... Arnab aku..xsampai pun sebulan beli..dah hilang. xtahu g mana. Biasa, petang2 mcm ni boleh tengok keletah dia bermain.. bagi makan..dan bersihkan sangkar dia. Tapi..sekarang ni xlagi..

 Bunny.......




Rabu, 6 Mac 2013

JAHITAN SULAMAN MANIK PADA TUDUNG


Assalamualaikum....

Aduhhh sakit mata.....Bengkak...sakit badan... Senaman ckit....1..2..3..huh! baru lega. Gara-gara nak tgk tudung cantik, sanggup haa bersengkang mata letak benda alah ni kat tudung. Sekarang ni macam-macam  patern sulaman manik kat tudung kan.. Jahitan manik yang dalam gambar kat atas tu, saya buat pada tudung syiria.. Dah siap yang ni, nak jahit kat tudung bawal pulak..  Ok la...itu saja yang saya dapat kongsi kan dengan korang semua untuk kali ini...Nanti next entry saya upload sulaman pada tudung bawal pulak ye... daaa... :) ♥♥♥

Sabtu, 23 Februari 2013

ANNA COSMETIC

Assalamualaikum....

Hai semua....duk buat apa tu?...mesti korang tengah makan tengahari kan...orang tengah sibuk-sibuk duk masak dan makan tengahari, saya pulak sibuk duk tulis blog. Almaklum la...perot dah kenyang..banyak sangat makan masa breakfast td..huhu.. Erm...untuk entry kali ni saya nak kongsi dengan korang semua pasal satu produk kecantikan ni. Mungkin korang pernah dengar dan mungkin jugak korang tak kenal langsung dgn produk ni.. Produk ni saya baru guna sebulan yang lepas. kawan yang kenalkan. Selepas sebulan guna, alhamdulillah hasil dia sangat puas hati. Korang nak tengok hasilnya??... Tengok la gambar budak perasan kat bawah ni..ahakss!


Dengan berhabis dengan hanya RM60 satu set ni, saya mendapat hasil yang sangat memuaskan hati. memang tak rugi la saya beli. Mula-mula takot jugak nak pakai sebab produk ni dari thailand. Tapi rupanya ia berkesan dan tiada effect lain.

Ok la....tu je la untuk entry kali ni... Sampai kita jumpa lagi...bye2.. Luv u all..♥♥♥



Jumaat, 22 Februari 2013

PENANTIAN SATU PENYEKSAAN

Penantian satu penyeksaan?? sape yang terseksa ni??... Korang la yang terseksa kan menunggu keputusan blog paling cantik. tak muncul-muncul jugak keputusan tu ye. Saya tak terseksa..malah seronok dapat tengok blog korang. HUH!! Akhirrrrnyaaaa!!!!..siap jugak. Kini keputusan ada di blog saya.. *macam pertandingan juara lagu lak kn...hehehe*. Tanpa melengahkan masa saya umumkan....jeng..jeng...jeng...

Pemenang Blog Paling Cantik : 

Saguhati : 
Blog Cerita Cinta Antara Kita http://yatiey39.blogspot.com/


Bagi yang tak berjaya jangan marah2 ye....cuba lagi... ok.. checkout!!! yuuuhuuuuuu!!!!!

Rabu, 20 Februari 2013

KEMBALI LAGI!!!!!!

Assalamualaikum....

Erm...dh lama xtulis blog kan..dh bersawang dh blog atiey ni.. busy sgt ke atiey ni???...huh! xde la busy mane pun. Cuma line tenet atiey ni problem ckit. Sampaikan nak tengok blog korang yang join contest atiey pn xboleh. Atiey mntak maaf semua. Atiey bukan mungkir janji atau tipu korang yeee...jangan salah faham and harap korang faham...(korang, senyum ckit!..haaa cmtu laa..). Skrang ni pun Atiey tengah tgok blog korang. Huh! banyak betol blog yang cantik-cantik. Tak tahu nak pilih yang mana ni oiii. Ni nampaknya kena cari juri lain plak ni yang menilai. Keadilan mesti di amal kan.. Korang sabar yeee... 

Jumaat, 4 Januari 2013

NEW YEAR GIVEAWAY by SHAZREENA SHUKRI


NEW YEAR GIVEAWAY kembali lagi.... Jom join! sama2 kita memeriahkan industri bloggerrrrr!!hehehe Nak join , klik banner kat atas.
 Saya dah join..

Contest #TheMostMemorable2012Moment


Nak JOIN? klik banner kat atas ni :)


Miss organizer, this is my picture!

A hashtag: #TheMostMemorable2012Moment

Description : Gambar ini diambil masa Pameran Inspirasi Tahun Akhir Diploma Seni Reka UITM. Pameran berlangsung di Pusat Kraftangan Terengganu. Ini merupakan aksi gila-gila kentang kitaorang sebab akhirnya kitaorang bejaya melepasi final assessment untuk final project. Setelah berhempas pulas menyiapkannya. Banyak pahit getir yang kitaorang lalui. Kena marah sebab keje lambat siap, kena maki sebab design tak cantik....kitaorang berusaha untuk puaskan hati semua pihak (especially lecturer). Dan akhirnya.....berkat usaha,doa dan titisan air mata, kami telah mendapat keputusan yang terbaik. Gambar ni merupakan hari terakhir kitaorang jumpe. Aku rindu korang semua!!! Korang adalah sahabat yang paling best & paling gilerr!. 


Tag : Atikah

Location : Tanah Merah,Kelantan

Rabu, 2 Januari 2013

CONTEST BLOG PALING CANTIK 2013


Assalamualaikum and hello..hello..hellooooo...... korang boring tak? nak join contest?
Haaaa..sempena menyambut tahun baru ni Atiey nak buat satu contest untuk korang join. Contest ni simple je..Korang boleh join sambil2 korang makan biskut je. 

Sebelum tu korang perlu tahu syarat yang ditetapkan untuk melayakkan korang join contest ini.
Syarat simple je... 

Syarat penyertaan
  1. Korang mestilah Blogger.
  2. Malaysian.
  3. Wajib follow blog Atiey KLIK SINI, serta LIKE fanpage Seindah Blogku dekat sidebar untuk mengetahui perkembangan contest.

Itu saja syaratnya..Simple kan?!. So ikuti lah syarat tu betol2. Kalau tak penyertaan anda terbatal.

Cara penyertaan
  • Korang hanya perlu paste LINK blog korang di ruang komen kat bawah ni dan letak banner contest kat atas tu pada blog korang & linkkan ke entry contest blog ini.
  • Blog korang mestilah cantik, kemas dan menarik.
  • (Blog korang akan dinilai oleh saya sendiri. Tiada pilih kasih dalam pemilihan *sumpah jujur*)
Sampai bila contest ni?
  • Dari skrg sehingga 30 Januari 2013.
Hadiah
  • Pemenang Blog Paling Cantik : RM50
  • Saguhati (2x) : Topup RM20
Cepat!!cepat!!! sebelum terlambat!!......

*Penyertaan kurang dari 100 orang,contest akan terbatal!


Selasa, 1 Januari 2013

KELAB BLOGGER-BEN ASHAARI

Assalamualaikum.. Salam 1Malaysia
Trafik blog merupakan perkara utama bagi seorang blogger. Bukan saja utama bahkan merupakan perkara yang sangat penting. Penting sangat kerrrr????.. ye! memang PENTING. Ini bagi mempamerkan kewujudan blog anda. Bagaimana nak meningkatkan trafik blog?.banyak cara yang dapat kita guna untuk meningkatkan trafik blog sebenarnya. Antaranya adalah dengan menyertai kelab-kelab blogger di laman-laman sosial.

Kelab blogger yang paling mendapat sambutan adalah Kelab Blogger Ben Ashaari. Kelab blogger ini mempunyai 22,921 ahli. Dan...saya merupakan salah seorang ahlinya..hehehe*mode:bangga diri*. Sebelum saya menyertai kelab ini trafik blog saya statik dan tak berganjak. Saya cuba promote blog saya kat dalam kelab ni dan alhamdulillah trafik blog saya naik secara mendadak.

Anda masih keliru?? klik link Kelab Blogger Ben Ashaari and join laaa....
Ok itu saja..daaaa♥♥

JOM SHOPPING!!!.....MURAH!!MURAH!!!!

Masa terhad untuk keluar membeli belah?
Suka shopping secara online?
Nak harga yang murah & berkualiti?

Disini la jawapannya... Ashanim Dress Lab menawarkan harga yang berpatutan dan anda mampu mendapatkannya. Tak percaya? klik disini Ashanim Dress Lab dan lihat sendiri. Bila korang lihat nanti gerenti ada yang sangkut la. Memang cantik giler baju-baju kat butik online ni. Korang mesti pening kepala nak pilih yang mana satu kan?. Kalau korang cari baju berkualiti dan cantik, ini la tempatnya. Syurga membeli belah anda....

Aku tunjukkan kat korang antara baju-baju kat web ini..





Cantik-cantik kan??... So apa tunggu lagi...cepat2!! Pelbagai pilihan baju ada kat dalam web tu...
Selamat membeli belah...daaa :)♥♥

SELAMAT TAHUN BARU 2013!!!!!



Alhamdulillah....syukur kepada allah kerana masih bernafas dan dapat melangkah ke tahun baru 2013. Sebelum tu aku nak ucapkan selamat tinggal tahun 2012. Banyak kenangan pahit manis yang terpahat dihati. Yang paling aku tak boleh lupa adalah masa final assesment. Masa tu memang teruk giler5..Bayangkan pukul 8pagi nak asses keje, aku masih kat kedai print. Dari pukul 6petang semalam hingga pukul 7pagi esoknya aku kat sana. Sampai kat umah sewa pukul 7.30. Dalam masa setengah jam lagi tu aku ambik masa untuk potong2 kertas mana yang patot. Lepas tu kemas barang2, tukar baju, mekap?? jgn harap la..xsempat kot. mandi?? mandi pun tak...hehehe*malunye tak mandi*. Masa ni jugak la aku dapat kenal yang mana kawan masa susah dan senang. huhuhu sedih lak rasa. Apa pun perkara dah berlalu..semuanya dah jadi kenangan dan iktibar kepada aku. 

OK!! berbalik kepada tajuk asal. Tahun 2013...hurm..apa yang akan terjadi pada tahun ni ek.. adakah impian menjadi kenyataan??..kenyataan menjadi nyata??..hehehe harap-harap macam tu la kan..Bila masok je tahun baru,mesti orang akan tanyakan azam. Bagi aku, azam adalah baik untuk kita menjadi lebih baik. Tapi......haa ada tapi nya pulak tau..Kalau berazam hanya untuk dua tiga minggu je..tak ada guna dik oi...*pesanan untuk diri sendiri*. Azam aku untuk tahun ni simple je, nak perbaiki apa saja yang perlu dibaiki lagi. Doa aku untuk tahun baru ni agar setiap keje yang aku lakukan dipermudahkan olen-Nya. Agar aku berjaya didunia dan akhirat..Amin.

Arrrgghhh....kesuntukan masa!!! mata dah ngantok!!!! So aku tido dulu la..kita bertemu lagi..daa....:) *mereng bdk ni* ♥♥