Members

Rabu, 26 Disember 2012

MANGSA BANJIR DI PANTAI TIMUR MENINGKAT

Banjirrroo banjirrroo rumah kita naik aiiiirrr ooo...naik aiiiirrr ooo... Haaa...ingat lagi tak lagu tu?.. lagu tu zaman aku sekolah rendah kalau tak silap aku. Tajuk kat atas tu bukan main serius lagi kan. Aku sedap-sedap je duk nyanyi-nyanyi kat sini. Almaklum la...rumah aku tak kena banjir kan...walaupun aku kat negeri belah pantai timur tapi kawasan rumah aku ni kira kawasan tanah tinggi la jugak. Tak pernah sampai pun banjir kat sini. Walaupun kawasan tempat tinggal aku ni tak pernah kenal erti banjir (ceewahh ayat dia..), tak bermakna aku tak pernah merasai pahit getir menjadi mangsa banjir tau. Peristiwa pahit manis aku ni berlaku masa aku balik dari KL. Aku dengan family masa tu. Disepanjang perjalanan tu kitaorang memang dah rasa cam pelik sebab tak ada kenderaan yang lalu dari arah bertentangan (ayat aku guna malam ni pelik2 aku rasa..dengan muka tak bersalah teruskan lagi menulis). Tapi kitaorang teruskan jugak perjalanan. Sampai je Kuala Krai tiba-tiba kitaorang tengok cam ada pesta je kat depan tu. Kitaorang pun berhenti dan........................................................(motif! dot dot sepanjang tu??)  rupa-rupanya kitaorang tersekat banjir. So malam tu kitaorang terpaksa tido kat masjid dekat-dekat situ. Punya la penat sangat masa tu, hilang segala perasaan malu pilu tido kat masjid tu. Esoknya, bangun dari tido try la g tengok kot-kot banjir dah surut. erm....makin dalam rupanya air. So arwah abah aku (masa tu abah ada lagi) call bapa saudara aku  untuk datang ambik kitaorang. Yang paling best sekali, aku dapat naik kren. sebab air terlalu dalam jd untuk seberang banjir tu kitaorang kena naik kren. susah tu nak dapat naik kren. tak de peristiwa tu, tak dapai woiii...hahahaha♥♥


2 ulasan:

Tinggalkan komen anda disini :)