Members

Sabtu, 29 Disember 2012

MULUT MEMBAWA PADAH???


Assalamualaikum....


Entri kali ni aku nak cakap pasal MULUT. Bukan PULUT yeee....sebut betol2... MUULUUTTTT. Macam geram sangat je eja mulut sampai macm tu sekali kan. Kalau pulut sedap jugak bila dapat makan. Kalau mulut?.. Kalau mulut manis, sedap jugak walaupun tak tahu betol2 manis ke tak kan..ok laaa untuk sedapkan hati tu kan... Tapi....kalau mulut busuk...huhhhh, hati pun turut sama busuk. Mulut busuk ni bukan sebab tak gosok gigi. Mulut busuk sebab hati tak bersih. Segala percakapan, perbuatan dan sikap kita lahir dari hati. Hatilah yang berperanan mengawal segala tindakan kita selain daripada akal. Ok bebalik kepada isu mulut. Mulut ni sebenarnye boleh menjadi sumber untuk kita mendapat pahala dan juga dosa.

MULUT SUMBER PAHALA DAN DOSA?
Mulut kita ini mempunyai fungsi yang banyak. Malah fungsi-fungsi mulut ini jika diguna dengan baik, maka pemilik mulut ini bakal menjadi ahli syurga. Masakan tidak, jika mulut ini digunakan ke arah kebaikan seperti memberi salam, membaca al-quran, berzikir, makan makanan halal, mendoakan kesejahteraan orang lain, memberi nasihat, senyum dan lain-lain. Maka dengan amalan-amalan seperti ini, bermakna pemilik mulut ini bijak menguruskan fungsi mulutnya.


Berbeza pula jika pemilik mulut itu tidak bijak menguruskannya. Maka dengan mulut itu dia mengumpat, mencarut, menggunakan kata-kata kesat, menghina, mencaci, memaki dan sebagainya. Mulutnya telah menjadi punca bertambahnya jumlah dosanya. seterusnya pemilik mulut ini bakal menjerumuskan dirinya ke dalam azab api neraka kelak. Nauzubillah.

Maka jelas disini bahawa mulut adalah punca segala kebaikan dan ia juga boleh menjadi punca segala kejahatan. Jadi berhati-hatilah ketika menggunakan fungsi mulut.
Rasulullah s.a.w sekali lagi mengingatkan umatnya betapa bahayanya jika fungsi mulut disalah guna. Baginda bersabda: “Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengendalikan lidahnya(mulutnya)?”. Dalam hadis ini, bolehlah kita katakan bahawa Baginda sengaja menggunakan ayat berbentuk soalan supaya kita semua berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.
KISAH SEORANG WANITA
Berlaku di zaman Rasulullah s.a.w seperti diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim, dimana para sahabat r.a mengadu kepada baginda: “seorang wanita berpuasa di siang hari dan bersolat di tengah malam, tetapi sering menyakiti hati jirannya”.
Rasulullah s.a.w menjawab: “bahawa tiada kebaikan padanya, sesungguhnya dia akan masuk neraka”
Kisah ringkas ini sudah cukup membawa maksud yang luas. Bahawa segala kebaikan dan amalan soleh akan terpadam serta merta hanya kerana menyakiti hati orang lain. Bahawa dengan kesalahan menggunakan mulut, maka tempatnya adalah neraka. Jadi benarlah kata pepatah, kerana mulut badan binasa.



Khamis, 27 Disember 2012

MIMPI DIPATUK ULAR

Malam ku bermimpi hai ai dengan satu bintang...Berkata-kata ku di jendela...Kulihat kanda tersenyum memandang..Asmara bergelora meresap ke dada...lalalala *mood lagu P.Ramlee*. Haaa nak tahu nape aku menyanyi lagu tu?. Bukan aku tengah practice nak masuk bintang P.Ramlee laa. Aku nak citer kat korang pasal mimpi. Aku nak tanya korang, korang tahu tak maksud-maksud mimpi?. Tadi bf aku ada citer yang dia mimpi kaki dia kena patuk ular. Yang aku tahu kalau orang perempuan mimpi macam tu maknanya "putera idaman nak masuk meminang dia". Tapi bf aku cakap kalau orang lelaki lain plak maksudnya. Nak tahu apa maksudnya???..Teng..teng..teng...(ada sound effect lak). Maksudnya ada orang nak rampas awek dia. tak pun awek dia tak setia. Laaa....itu plak jawapan dia. Biarlah sayang apa pun tafsiran..yang penting i setia dengan you sorang jew *dengan aksi gediks y melampau*. Lagi pun itu hanya tafsiran kan. Kenyataannya bukan macam tu. You kenal i macam mana kan?..wahh ber'i' 'u' lagi. *gediks santai*....hehehe..So banyak-banyakkan la solat hajat dan istikharah agar diberi petunjuk yang baik-baik je ye sayang...♥♥

Rabu, 26 Disember 2012

MANGSA BANJIR DI PANTAI TIMUR MENINGKAT

Banjirrroo banjirrroo rumah kita naik aiiiirrr ooo...naik aiiiirrr ooo... Haaa...ingat lagi tak lagu tu?.. lagu tu zaman aku sekolah rendah kalau tak silap aku. Tajuk kat atas tu bukan main serius lagi kan. Aku sedap-sedap je duk nyanyi-nyanyi kat sini. Almaklum la...rumah aku tak kena banjir kan...walaupun aku kat negeri belah pantai timur tapi kawasan rumah aku ni kira kawasan tanah tinggi la jugak. Tak pernah sampai pun banjir kat sini. Walaupun kawasan tempat tinggal aku ni tak pernah kenal erti banjir (ceewahh ayat dia..), tak bermakna aku tak pernah merasai pahit getir menjadi mangsa banjir tau. Peristiwa pahit manis aku ni berlaku masa aku balik dari KL. Aku dengan family masa tu. Disepanjang perjalanan tu kitaorang memang dah rasa cam pelik sebab tak ada kenderaan yang lalu dari arah bertentangan (ayat aku guna malam ni pelik2 aku rasa..dengan muka tak bersalah teruskan lagi menulis). Tapi kitaorang teruskan jugak perjalanan. Sampai je Kuala Krai tiba-tiba kitaorang tengok cam ada pesta je kat depan tu. Kitaorang pun berhenti dan........................................................(motif! dot dot sepanjang tu??)  rupa-rupanya kitaorang tersekat banjir. So malam tu kitaorang terpaksa tido kat masjid dekat-dekat situ. Punya la penat sangat masa tu, hilang segala perasaan malu pilu tido kat masjid tu. Esoknya, bangun dari tido try la g tengok kot-kot banjir dah surut. erm....makin dalam rupanya air. So arwah abah aku (masa tu abah ada lagi) call bapa saudara aku  untuk datang ambik kitaorang. Yang paling best sekali, aku dapat naik kren. sebab air terlalu dalam jd untuk seberang banjir tu kitaorang kena naik kren. susah tu nak dapat naik kren. tak de peristiwa tu, tak dapai woiii...hahahaha♥♥


Selasa, 25 Disember 2012

Fazurina mohon maaf

BERLALU PERGI...ahli keluarga lain membawa ibu Siti Fazurina keluar dari hotel.

GEORGETOWN: Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta, Siti Fazurina Mohd Famir hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sebelum ibunya itu ditarik ahli keluarganya yang lain meninggalkan sidang media dibuat pelakon berusia 30 tahun itu di Bayan Baru di sini, bagi menjelaskan kontroversi perkahwinannya, semalam. Ibunya, Zubaidah Abu Bakar, 60, hadir pada sidang media itu bersama abang tiri Fazurina, Shahzuri Shaharudin, 36, serta adik-beradiknya yang lain, Mohd Fauzi Mohd Famir, 24, dan Mohd Firdaus Mohd Famir, 22. Bagaimanapun, mereka hanya berdiri berhampiran kumpulan media dan hanya mendengar sidang media tanpa berkata apa-apa.
   
  • FotoHANYA SEKEJAP...Siti Fazurina memeluk ibunya di luar sidang media.
Siti Fazurina kelihatan tersentak dan menangis apabila ibunya mengikut saudara-maranya yang lain selepas dia berkejar mendapatkan Zubaidah berhampiran tangga selepas ibunya bergegas meninggalkan sidang akhbarnya.

Bagaimanapun, dia hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sambil meminta ampun manakala Zubaidah didengar meluahkan kekesalannya dengan tindakan Siti Fazurina (berkahwin secara senyap) sebelum dia ditarik adik-beradiknya meninggalkan tempat itu.

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan Zubaidah mengenai perkahwinan anaknya itu gagal kerana dia enggan ditemu ramah media, termasuk ketika dihubungi melalui telefon, malam tadi.

sumber:

myMetro | ‘Ampunkan saya’

Sabtu, 15 Disember 2012

TUTORIAL MENUKAR LAYOUT / BACKGROUND FACEBOOK

Assalamualaikum...

Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana cara membuat atau menukar layout atau background facebook anda?.... hmm...ok kali ni atiey nak kongsi ngn korang cara untuk membuatkan facebook korang nampak cantik dan tak bosan bila hari-hari dok mengadap benda tu. toturial ni atiey dapat dari blog lain jgk sbnarnye.  dan atiey cuba apply kt fb atiey dan hasilnya....gambar kat atas tu la hasilnya. cantik tak??huhu. Atiey tahu dah ramai yang tahu tentang cara menukar background fb ni. Tp ada jgk yang xtahu kn.. so atiey share la kt sini.. ikot la step yang kt bawah ni.. ikot betul-betul ye..

  • Login akaun facebook korang terlebih dahulu.
  • Korang pergi ke website ni klik disini
  • Dalam website tersebut korang pilih tema/layout yang korang suka.
  • Kemudian korang klik Select Layout
  • Lepas tu ada keluar peringatan mcm kat bawah ni:-
     Click "Continue" (in the bar below) > to install Social Extras extension When you are done installing the extension click here


  • Dan korang klik "click here"
  • Tunggu beberapa minit untuk mendownload dan Install Scriptnya terlebih dahulu dlm pc korang.
  • Bila dah siap download & install, cuba refresh Profile Facebook korang.
  • Last korang tengok la hasilnya...
Cmne? cantik x? lepas ni korang boleh la tukar-tukar background kt web tersebut.

So, slmt mencuba!

Cayunk uolls♥♥





Sabtu, 24 November 2012

Lirik lagu Sayang - Shae

aku tujukan lagu ini untukmu sayang ku.....

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

[Ulang dari awal]
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ku menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu

Rabu, 21 November 2012

MY BELOVED FAMILY

jam menunjukan 5.08 am....jiwaku semakin tenang..tapi mata pulak yang susah nk lelap.. hurm..xtahu nk bt ape ni.. tiba-tiba terlintas difikiran aku, nk tulis pasal family aku la kt dalam blog ni.. diaorg kn org yang paling penting dalam hidup aku. apa salahnya aku tulis pasal diaorg kn..


 ni anak buah aku yang hensem, nakal, & tomey2 sgt ni.. umur baru masuk 2 thn dh pandai dah posing..pantang org ckp nk ambik gambar.. haaa terus g peluk tiang. posing maut la kononnye tu...hehehe. kalau bercakap pulak mcm org dewasa. xmcm umur 2 thn. anak buah aku ni xpelat tau. mmg dari kecik lg mak ayah dia ajar sebutan yang betul. lupe lak nk kenal kn... "nama sy Mohd Raziq b Adzahar"...huhuhu comel sgt!!!


 yang ni lak adik aku merangkap anak bongsu dlm family aku. Macho x???.. adik aku msti la macho kn...hahaha. dia skrg ni tgh menduduki exam SPM. harap2 dpt keputusan yang terbaik la..dpt masuk u. adik aku ni gila2 ckit tau. tgh cbok2 nk exam spm pn leh lg g main futsal. mrh umi aku sb xdgr nasihat dia. last2 terseliuh kaki masa main futsal ari tu...haaa tu la xdgr nacihat org tua kn.. tp biasa la bdk laki yang aktif ni otak dia len mcm ckit kn..GELIGA... *amboi,nk back-up adik dia la tu....hahaha*


haaa ni pulak gmbr org2 paling senior dlm family aku... aku mulakn dari sblh kanan la ek. dari kanan cepattt jalan! hahaha mcm kawad lak kn. ok la yang pakai tudung biru tu kak long. nape kak long?? sb dia ank sulong la..ape ke bengap la soklan kn.. yang sblh kiri, yang brpakaian pengantin sakan tu kak ngah.. AND yang tengah tu ialah my mum... ummi yang amat aku sayangi..tiada ummi, tiada la aku kt dunia ni..ummi la yang byk bg aku semangat utk aku teruskn hidup ni selepas pemergian ayahanda tercinta... huh! sayu la pulak... ape pn hidup perlu di teruskan...

Akhir kata.... aku xnk kata byk2 pn. aku cume nk ckp AKU SAYANG KORANG!!!!

Jiwa KACAU!!!!

kenapa ngn hati dan jiwa aku ni...KACAU sgt aku rasa mlm ni... rasa nk nangis pn ada.. di sebabkan jiwa aku yang KACAU ni...aku TERbuat problem ckit ngn Sukri (pakwe aku). aku xde niat pn nk skitkan hati dia.. tp aku tension sgt.. disebabkan aku blm dpt keje, jd aku amat sensitif ble org tye aku psal keje.. "astaghfirullahalazim.." kenapa ngn aku ni.. Maafkn aku Sukri..aku xdpt nk kawal perasaan aku td.

Ya Allah… bantulah & bimbinglah kami agar kami dapat semakin sedar akan kesalahan kami, baik kepadaMu mahupun kepada sesama kami, memohon ampun kepadaMu dengan setulus hati kami & dengan sepenuh kesungguhan & perasaaan hati kami.

Ya Allah… bantulah & bimbinglah kami agar cahaya & kasih sayangMu semakin meresap di dalam hati kami, bersinar semakin indah & terang di dalam hati kami, untuk memberikan ketenangan, kedamaian & kebahagiaan yang sejati di dalam hati kami.

Ya Allah… terpujilah Engkau Yang Maha Esa, Maha Kuasa & Maha Segalanya untuk sekarang & selama-lamanya.

Terima kasih ya Allah atas nikmat dan ujian yang telah Kau beri.

Amin Ya robbal 'alamin.